Tarikh : 14 September 2018

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kg. Permatang

Peserta : 10 orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Peserta telah membuat carian resepi di  Pusat Internet Kg. Permatang, selepas itu, peserta saling bekerjasama membuat Ayam Madu mengikut resepi tersebut serta mereka saling mempelajari bakat dan ilmu baru. Setiap hidangan yang telah dibuat akan diagihkan setiap sorang.

Gambar Disini

Tarikh : 5 September 2018

Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Sk Kampung Permatang

Peserta : 150 Orang

Tujuan

Program ceramah pengungsian bangunan, pemeriksaan pendawaian bangunan, alatan pemadam kebakaran dan latihan pencegahan kebakaran oleh jabatan bomba dan penyelamat Teluk Intan, ialah sebagai pendedahan awal kepada peserta dalam menangani bencana kebakaran sekiranya berlaku di dalam sesebuah kawasan. 

Aktiviti

Dimulakan dengan pendaftaran peserta, menanti kehadiran Jabatan Bomba dan Penyelamat, taklimat pengungsian bangunan, demonstrasi latihan pencegahan kebakaran, diakhiri dengan penyampaian hadiah kuiz serta jamuan makan.

Gambar Disini

Tarikh : 13 & 14 Ogos 2018

Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 10 orang

Tujuan

Membina sistem yang boleh digunakan oleh sekolah – sekolah di negeri Perak. Mengadakan Program Khidmat Bantu untuk sekolah – sekolah di Teluk Intan yang mempunyai masalah ICT.

Aktiviti

Menyelaras tugas Juruteknik Komputer/Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KUP) yang berada di sekolah – sekolah di negeri Perak. Menyelaras dokumen – dokumen yang perlu ada untuk Juruteknik Komputer / Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KUP).

Gambar Disini

 

Tarikh : 21 Ogos 2018

Masa : 3.00 petang - 5.30  petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kampung Permatang

Peserta : 10 Orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Peserta telah membuat carian resepi di  Pusat Internet Kg. Permatang, selepas itu, peserta saling bekerjasama membuat Lasagna Roti mengikut resepi tersebut serta mereka saling mempelajari bakat dan ilmu baru. Setiap hidangan yang telah dibuat akan diagihkan setiap sorang.

Gambar Disini

Tarikh : 8 Ogos 2018

Masa : 1.30 petang - 3.00 petang

Tempat : SMK Dato Sagor, Langkap

Peserta : 200 Orang

Tujuan

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Aktiviti

Taklimat Klik dengan Bijak kepada para pelajar tingkatan 1 sesi petang serta 8 orang guru SMK Dato Sagor. Diakhiri dengan kuiz KDB kepada para peserta yang terlibat, penutup penyampaian saguhati dan jamuan makan.

Gambar Disini