Taman rekreasi River Front Teluk Intan sememangnya popular sebagai lokasi bersantai dan beriadah penduduk setempat. Terdapat taman permainan kanak-kanak, sebuah menara tinjau di tepi sungai, beberapa wakaf untuk beristirehat, alat-alat senaman ringan, sebuah replika keris dan terdapat perkhidmatan sewa menaiki bot keliling sungai perak. River Front  Teluk Intan ini merupakan salah satu inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan awam untuk orang ramai.

 

 

Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sedi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini. Sepanjang lembah sungai ini, ia telah membiayai berjuta-juta penduduk tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

 

Terdapat ramai kaki pancing pada sebelah petang yang memancing di sekitar Sungai Perak. Sungai Perak antara sungai yang luas dan panjang. Dahulunya kawasan ini merupakan bahagian sungai yang agak cetek, dasarnya terdiri daripada batu-batu chegar pelbagai saiz membentuk lata-lata kecil serta lubuk-lubuk kecil yang berhampiran dengan tebing. Terdapat banyak jenis ikan di Sungai Perak antaranya ialah Temperas, Lampam, Lampam emas, Tengalan, Baung, Tilan(macam belut), Selat, Lawang (adik beradik patin), Patin, Kelah dan Jelawat.

 

Sungai Perak yang bersempadan dengan bandar Teluk lntan mempunyai keunikannya terkenal sebagai lubuk udang galah sekali gus menjadi satu tarikan kepada kaki pancing di seluruh negara. Saiful bot Teluk Intan menyediakan kadar sewaan bot untuk memancing dari serendah RM 60 hingga RM150. Harga yang ditawarkan mengikut harga yang sama dengan pengusaha sewa bot yang lain di jeti persatuan pemancing. Harga pakej termasuk minyak dan tekong. Jaket keselamatan juga disediakan. 

 

Dataran Udang Galah Teluk Intan berada berdekatan dengan Taman Rekreasi River Front. Terdapat 2 replika Udang Galah yang besar diletakkan di situ sebagai penanda dataran. Terdapat Restoran D'tepian Sungai yang menyediakan pelbagai menu termasuk udang galah fresh dan ikan patin fresh. Udang Galah dihidang dengan menu yang pelbagai seperti udang galah bakar, udang masak lemak cili api, udang masak tempoyak dan macam-macam lagi. Anggaran harga dari RM 50 ke atas untuk sekilogram udang galah. 

 

 

 

Berikut merupakan tempat-tempat menarik yang terdapat di kawasan sekitar yang patut dilawati.

 

Menara Condong Teluk Intan.

 

Salah satu tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong, Teluk Intan. Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.Pada masa sekarang, menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. 

 

Jelapang Padi Sungai Manik.

Sungai manik terkenal dengan tanaman padi. Jelapang padi merupakan tumpuan pengantin mahupun model untuk sesi fotografi. Bukan sahaja penduduk disekitar kampung, malah penduduk bandar juga sanggup turun untuk merasai panorama petang di jelapang padi sungai manik.