Tarikh : 25 Oktober 2018

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kg. Permatang

Peserta : 12 Orang

Tujuan

Kelas Pembangunan Kesejahteraan Keluarga adalah satu aktiviti pendidikan non-formal yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat yang berkualiti.

Aktiviti

Para wanita bekerjasama belajar membuat masakan Kek Marble sebelum kehadiran Ketua Kampung dan wakil AJK Masjid. Setelah itu, kek marble yang telah siap dihidangkan kepada tetamu kehormat. Mesyuarat ini telah dibincangkan untuk membuat sambutan Maulidur Rasul serta membincangkan lawatan ke kilang biskut untuk ahli-ahli PKK Kg. Permatang.

Gambar Disini

Tarikh : 10 Oktober 2018

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : SMK Seri Perak Teluk Intan

Peserta : 120 orang

Tujuan

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Aktiviti

Taklimat Klik dengan Bijak kepada para pelajar tingkatan 1&2 sesi pagi serta 3 orang guru SMK Seri Perak. Diakhiri dengan kuiz KDB kepada para peserta yang terlibat, penutup penyampaian saguhati dan jamuan makan.

Gambar Disini

Tarikh : 23 September 2018

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Sekolah Kebangsaan Permatang

Peserta : 300 Orang

Tujuan

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

Aktiviti

Sesi pendaftaran, pameran-pameran dari pelbagai agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Medifa Care, Motor Berkuasa Tinggi, Motosikal RETRO dan Trafik IPD Hilir Perak. Juga pemeriksaan kesihatan secara percuma, jualan-jualan makanan dan diakhiri dengan taklimat keselamatan pemanduan oleh Yb Dato' Zainaol Fadzi serta majlis perasmian penutupan.

Gambar Disini

Tarikh : 4 Oktober 2018

Masa : 3.00 petang - 5.30 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kampung Permatang

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Guru masakan telah menyediankan resepi masakan, guru mengajar kepada para peserta cara membuat kek dengan betul. Kemudian peserta saling bekerjasama membuat fruity cake mengikut resepi tersebut serta mereka saling mempelajari bakat dan ilmu baru. Setiap hidangan yang telah dibuat akan diagihkan setiap sorang.

Gambar Disini

Tarikh : 20  September 2018

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Masjis Az-Zahhir Kg. Permatang

Peserta : 200 orang

Tujuan

Program ini dapat mengeratkan silaturrahim, saling bekerjasama membuat bubur Asyura, dapat menjalinkan ukhuwah di kalangan masyarakat setempat.

Aktiviti

Para wanita dan kaum ibu-ibu memasak bubur Asyura bersama-sama. Ceramah hari Asyura di mulakan pada jam 11. pagi hingga 1.00 petang, diakhiri dengan mengagihkan bubur Asyura kepada peserta yang hadir.

Gambar Disini