Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kemas Parlimen Pasir Salak. Peserta kursus terdiri daripada belia Kampung Permatang. Mereka mengikuti kursus seawal pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Para peserta diberi minum pagi dan juga makan tengahari. Tiada bayaran yang dikenakan malah meraka turut mendapat sijil yang dikeluarkan oleh pihak kemas. 

 

Aktiviti bersukan seperti berfutsal dan juga main badminton pada sebelah malam merupakan antara hobi para belia di Kampung Permatang. Terdapat gelanggang sukan pelbagai guna berdekatan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang. Gelanggang tersebut merupakan tempat para belia beriadah serta bersukan. 

Pertandingan menimbang bola

  

Pertandingan mengangkat beban

 

Berikut merupakan antara aktiviti yang melibatkan para belia di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang sewaktu hari bersama. Objektif utama adalah untuk menarik minat para belia hadir di Pusat Internet. Selain menyediakan capaian internet, Pusat Internet juga menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua golongan termasuk golongan para belia