Berikut merupakan tempat-tempat menarik yang terdapat di kawasan sekitar yang patut dilawati.

 

Menara Condong Teluk Intan.

 

Salah satu tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong, Teluk Intan. Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.Pada masa sekarang, menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. 

 

Jelapang Padi Sungai Manik.

Sungai manik terkenal dengan tanaman padi. Jelapang padi merupakan tumpuan pengantin mahupun model untuk sesi fotografi. Bukan sahaja penduduk disekitar kampung, malah penduduk bandar juga sanggup turun untuk merasai panorama petang di jelapang padi sungai manik.