Kemas Parlimen Pasir Salak telah mengadakan program "Majlis Penyampaian Sijil Unit Pendidikan Kemahiran dan Pembangunan Komuniti Kemas" untuk memberi penghargaan kepada Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kemas Kampung Permatang. Kelas PKK Kemas diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang pada setiap minggu sejak lima bulan yang lalu. Kelas PKK Kemas dikendalikan oleh PM Fara Diba Binti Mustafa. Matlamat utama Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada masyarakat luar Bandar agar dapat meningkatkan taraf hidup keluarga yang lebih cemerlang. 

 

Wanita yang bijak adalah wanita berilmu. Jika anda sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira tidak salah dalam zaman teknologi serba canggih ini anda menguasai teknologi ICT.

Wanita perlu lebih proaktif bagi mendalami dan menguasai teknologi maklumat (Information Communication Technology, ICT) supaya mereka tidak tertinggal jauh ataupun dipinggirkan daripada perkembangan dan kemodenan dunia yang pantas bergerak pada hari ini.

Justeru itu, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang ada menawarkan kelas komputer untuk golongan wanita. Hanya dengan mendaftar sebagai ahli anda layak untuk mengikuti kelas komputer dengan percuma.

 

 

 

Jom Masuk Pi1M (Wanita)

Berikut merupakan program kecil yang pertama melibatkan golongan wanita Kampung Permatang di Pusat Internet. Ternyata dengan hadirnya Ketua Wanita Kampung Permatang, iaitu Puan Saudah Binti Kadir menggalakkan lagi kehadiran para wanita untuk mengikuti program-program anjuran Pusat Internet. Antara pengisian program Jom Masuk Pi1M ialah sesi suai kenal antara wanita setempat dengan petugas Pusat Internet. Selain itu, petugas juga turut memberitahu perkhidmatan yang di tawarkan.

 

 

Sambutan Hari Ibu

Progam ini dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Kampung Permatang. Majlis sambutan dirasmikan oleh ADUN Sungai Manik iaitu YB Dato' Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin. Seramai 135 orang telah hadir memeriahkan Sambutan Hari Ibu di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang.

 

 

Antara pengisian aktiviti mingguan wanita Kampung Permatang ialah menghadiri kelas masakan wanita perkasa anjuran Pusat Internet dan juga Kemas. Pengajar kelas ialah Cik Fara Diba Mustafa Pemaju Masyarakat Kelas PKK Kemas Kampung Gajah, Parlimen Pasir Salak. Kelas masakan diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang pada setiap hari khamis setiap minggu.