Tarikh : 3 Ogos 2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 1 Orang

Tujuan

Meningkatkan kemahiran dalam reka bentuk dengan menggunakan kreativiti peserta.

Aktiviti

Memberikan pengenalan adobe photoshop kepada peserta serta menunjukan cara penggunaan alatan dalam adobe photoshop.

Gambar Disini

 

Tarikh : 25 Julai 2018

Masa : 2.00 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 9 Orang 

Tujuan

SAT TM ini bertujuan untuk memastikan Pusat Internet ini beroperasi dengan baik, peralatan yang lengkap, dan meningkatkan lagi kualiti sesebuah Pusat Internet untuk mengekalkan operasi kepada pengguna secara lebih lama dan berterusan.

Aktiviti

Beberapa orang ahli TM, vendor dan pihak teknikal telah meninjau seluruh kawasan Pusat Internet Kg. Permatang serta membincangkan masa akan datang untuk Pusat Internet.

Gambar Disini

 

Tarikh : 11 Julai 2018

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Tabika Kemas Parit 7B Permatang

Peserta : 45 Orang

Tujuan

Untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.

Aktiviti

Ceramah gaya hidup sihat, ucapan aluan oleh pengerusi, bacaan doa, ucapan wakil Kemas, ucapan perasmian, penyampian cenderahati dan diakhiri dengan jamuan makan.

Gambar Disini

Tarikh : 19 Julai 2018

Masa : 4.30 petang - 5.30 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kg. Permatang

Peserta : 15 Orang

Tujuan

Membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar luar bandar setanding dengan pelajar-pelajar di bandar.

Aktiviti

Para pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah masing-masing.

Gambar Disini

 

Tarikh : 1 Julai 2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 120 Orang

Tujuan

Mengeratkan silaturrahim antara komuniti Kampung Permatang dengan Pusat Internet serta bermaaf-maafan diantara satu sama yang lain.

Aktiviti

Dimulakan dengan acara mewarna dari prasekolah hingga kaum ibu-ibu. Acara teka sudu dalam balang, acara pakaian tercantik, KDB, dan jamuan makan serta penyampaian hadiah.

Gambar Disini