Tarikh : 8 & 9 April 2019

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kampung Permatang

Peserta : 23 Orang

Tujuan

Kursus Dandanan Diri Manicure, Pedicure & Lukisan Inai ini adalah anjuran PKK Kemas Parlimen Pasir Salak adalah bertujuan kepada para wanita untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemajuan diri dalam kehidupan harian dan keluarga.

Aktiviti

Para peserta diberikan sedikit pengenalan kursus, melakukan praktikal manicure, pedicure dan lukisan inai. Demostrasi solekan serta berkongsi tips penjagaan wajah dan badan dengan betul. Di akhir program, majlis penutupan bacaan doa, ucapan Pengerusi Kemas Parlimen Pasir Salak serta perasmian majlis di rasmikan oleh Pengerusi PKK Kampung Permatang dan jamuan makan.

Gambar Disini

 

Tarikh : 4 April 2019

Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Homestay Maju Manik Sg. Manik

Peserta : 7 Orang

Tujuan

Mencungkil bakat dalam kalangan peserta yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang  ukiran buah-buahan.

Aktiviti

Para peserta diberikan tunjuk ajar teknik mengukir serta alatan yang digunakan dengan betul. Selain ukiran buah-buahan, peserta juga belajar mengukir sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah, cili besar dan lain-lain.

Gambar Disini

Tarikh : 21 Mac 2019

Masa : 2.30 petang - 5.30 petang

Tempat : Dewan Haji ijom Kg. Permatang

Peserta : 7 Orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Guru masakan telah menyediakan resepi sambil mengajar kepada para peserta cara membuat masakan dengan betul. Kemudian peserta saling bekerjasama membuat cucur bihun dan cucue meggi mengikut resepi tersebut serta mereka saling mempelajari bakat dan ilmu baru. Setiap hidangan yang telah dibuat akan diagihkan setiap sorang.

Gambar Disini

Tarikh : 28 Mac 2019

Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 7 Orang

Tujuan

Meningkatkan kemahiran dalam reka bentuk dengan menggunakan kreativiti peserta.

Aktiviti

Memberikan pengenalan adobe photoshop kepada peserta serta menunjukan cara penggunaan alatan dalam adobe photoshop.

Gambar Disini

Tarikh : 14 Mac 2019

Masa : 3.00 petang - 5.30 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kg. Permatang

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Guru masakan telah menyediakan resepi sambil mengajar kepada para peserta cara membuat masakan dengan betul. Kemudian peserta saling bekerjasama membuat kacang goreng berempah mengikut resepi tersebut serta mereka saling mempelajari bakat dan ilmu baru. Setiap hidangan yang telah dibuat akan diagihkan setiap sorang.

Gambar Disini