Tarikh : 13 Mei 2018

Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 15 Orang

Tujuan

Memberikan pendedahan kepada para wanita langkah penjagaan kulit muka serta taklimat kebaikan/keberkesanan penjualan produk tersebut.

Aktiviti

Taklimat pengenalan produk, demonstrasi penjagaan kulit dengan betul, Q&A dan diakhiri dengan jamuan makan.

Gambar Disini

Tarikh : 7 Mei 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Peserta telah mencetak resepi melalui internet di PI1M Kg. Permatang, selepas itu, peserta saling bekerjasama melatih membuat Cucur Kentang sambil mengikut resepi yang telah dicetak setiap orang.

Gambar Disini

Tarikh : 22 April 2018

Masa : 8.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat : Perkarangan Dewan Haji Ijom Kg. Permatang

Peserta : 15 Orang

Tujuan

Dapat melahirkan kecergasan fizikal dan mental, saling mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti.

Aktiviti

Dimulakan dengan senaman ringan warm up, senam aerobik dan akhir sekali senaman penutup (cooling down).

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 29 April 2018

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 300 Orang

Tujuan

Hari Bersama Komuniti menggabungkan kepada 3 Pusat Internet 1Malaysia(PI1M), iaitu PI1M Kampung Permatang, PI1m Kampung Makmur Sungai Galah dan PI1m Kampung Gajah di bawah Parlimen Pasir Salak. Hari Bersama Komuniti ini adalah merupakan sebuah program yang dapat merapatkan antara PI1M dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai kesinambungan agar operasi dan perkhidmatan PI1M terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya ialah bengkel usahawan, klik dengan bijak,  pertandingan mewarna, pameran daripada unit Farmasi Hospital dan Jabatan Penerangan, aktiviti demontrasi kebakaran daripada  Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Kuiz ICT, pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat dahsboard komuniti, pelbagai permainan menarik dan cabutan bertuah. Perasmian program ini telah dirasmikan oleh Dato' Shaharuddin Bin Abu Sohot, Ketua Pengarah Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

Gambar Disini

Tarikh : 17 April 2018

Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Selabak

Peserta : 100 Orang

Tujuan

Tujuan Hari Bersama Komuniti ini diadakan kerana untuk menunjukkan penghargaan pusat internet  kepada komuniti Kampung Selabak dengan mengadakan aktiviti untuk mengeratkan lagi silaturahim.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah bengkel usahawan, klik dengan bijak,  pertandingan mewarna, pameran dan jualan usahawan, kelas ICT multimedia, bengkel penghasilan video dan foto, pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat dahsboard komuniti, cabutan bertuah, akhir sekali acara makan dan penyampaian hadiah.

Gambar Disini