Tarikh : 6 Mac 2019

Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Perkarangan Masjid Az-Zahir Kg. Permatang

Peserta : 90 Orang

Tujuan

Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma anjuran Optik Al Huda serta menawarkan baucer bingkai percuma kepada penduduk setempat.

Aktiviti

Para pengunjung membuat pemeriksaan mata untuk mengenalpasti jenis rabun yang dialami. Pelbagai jenis bingkai di tawarkan untuk pengunjung yang ingin membuat spek mata.

Gambar Disini

Tarikh : 25 Febuari 2019

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 9 Orang

Tujuan

Dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan. Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan pengajaran untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Aktiviti

Peserta diberikan lembaran kerja dan peserta mencari maklumat menggunakan aplikasi atau laman web pembelajaran untuk menyiapkan tugasan.

Gambar Disini

Tarikh : 13 Febuari 2019

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 30 Orang

Tujuan

Mesyuarat Agong Pembangunan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kali Ke–4 adalah satu aktiviti pendidikan non-formal yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat yang berkualiti.

Aktiviti

Dimulakan dengan pendaftaran peserta yang hadir, taklimat dari Ketua Kampung Permatang En. Hassan, majlis perasmian mesyuarat agong PKK oleh Pn. Siti Azizah, mesyuarat agung bermula dan diakhiri dengan jamuan makan.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Febuari 2019

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kampung Permatang

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Guru masakan telah menyediankan resepi kek sambil mengajar kepada para peserta cara membuat kek dengan betul. Kemudian peserta saling bekerjasama membuat kek marble kukus mengikut resepi tersebut serta mereka saling mempelajari bakat dan ilmu baru. Setiap hidangan yang telah dibuat akan diagihkan setiap sorang.

Gambar Disini

Tarikh : 4 Febuari 2019

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Office Word.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan  kepada peserta mengenai  fungsi yang ada di dalam Microsoft Office Word. Setiap fungsi yang diterangkan akan dicuba dan diterapkan  oleh peserta bagi memudahkan mereka untuk pelajari dan memahami Microsoft Office Word dengan betul. Dengan adanya software Microsoft Office Word ini,  dapat membantu peserta dan para pelajar membuat folio atau ringkasan nota dengan lebih teratur.

Gambar Disini