Tarikh : 24 April 2024 Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi Tempat : NADI Kg. Permatang Sg. Manik Peserta : 25 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan AI kepada usahawan dan komuniti
Aktiviti
Seramai 25 orang peserta menyertai kelas Ai yang dianjurkan oleh pihak NADI Kg. Permatang Sg. Manik. Menerusi tunjuk ajar daripada petugas usahawan kini mampu untuk menghasilkan karya yang lebih cantik untuk produk mereka.
Tarikh: 5 April 2024 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : NADI Kg. Permatang Sg. Manik Peserta : 25 Orang |
TUJUAN
Menggalakkan para usahawan serta komuniti untuk kekal sihat di bulan Ramadhan.
AKTIVITI
Para Komuniti dan Usahawan digalakkan untuk menyertai pertandingan ini. Cabaran untuk menurunkan berat badan ini dianjurkan oleh Kelas PKK Kemas Parit 7B Permatang bersama dengan NADI Kg. Permatang Sg. Manik. Para peserta perlu hadir ke NADI Kg. Permatang Sg. Manik untuk mengambil bacaan timbangan awal pada awal Ramadhan yang lalu. Bacaan kedua diambil pada 2 April yang lalu. Para peserta dinilai menerusi timbangan berat yang paling banyak turun oleh para peserta.
Tarikh: 11 Mac 2024 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah hari Tempat: NaDI Kg. Permatang Sg. Manik Peserta: 6 Orang |
Tujuan
Mencari pengganti penolong pengurus di NaDI Kg. Permatang Sg. Manik.
Aktiviti
Seramai 6 Orang peserta yang merupakan komuniti di Kampung Permatang Sungai Manik telah hadir untuk menghadiri temuduga bagi jawatan Penolong Pengurus di NaDI Kg. Permatang Sg. Manik. Hal ini memberikan ruang dan peluang kepada komuniti yang masih lagi mencari pekerjaan.
Tarikh: 18 Mac 2024 Masa: 9.00 Pagi - 4.00 Petang Tempat: NaDI Kg. Permatang Sg. Manik Peserta: 20 Orang |
Tujuan
Program Motivasi Persatuan Ternakan Unggas Perak Selatan ini bertujuan untuk membimbing uasahawan serta penternak unggas di dalam daerah Perak Selatan.
Aktiviti
Motivator telah memberikan aktiviti didalam kumpulan untuk memperkasa pengetahuan para usahawan serta penternak unggas. para peserta telah dibimbing dengan baik dengan memberikan input serta pengetahuan yang baik berkenaan penyakit unggas, ubat-ubatan yang sesuai serta teknik menternak unggas dengan betul.
Tarikh : 18 Februari 2024 Masa : 10.30 Pagi-11.30 Pagi Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Mengisi masa yang berfaedah bagi murid sekolah rendah ini semasa cuti persekolahan
Aktiviti
Membuat pelbagai aktiviti dan latihan di "Quizzez'' dengan pelbagai subjek untuk mudah skor. Contohnya subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan lain- lain. Dengan aktiviti semasa cuti persekolahan ini dapat mengisi masa mereka selain asyik menonton youtube.