Laporan aktiviti Pi1m Kg. Permatang bagi bulan Februari2017

Laporan aktiviti Pi1m Kg. Permatang bagi bulan Januari2017

User Test Acceptance (UAT)

Tarikh    : 5 April 2015

Masa      : 9.30 pagi -1.30 Petang

Tempat   : Pi1M Kg Permatang, Sg Manik

 

Sebelum Pusat Internet mula beroperasi, terdapat beberapa penilaian dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM). User Acceptance Test (UAT) adalah merupakan penilaian terakhir. Selepas daripada penilaian berikut, Pusat Internet sudah boleh dibuka untuk orang ramai. Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang mula beroperasi pada 6 April 2015.

 

Assalamualaikum, Pusat Internet 1 Malaysia akan mengadakan "Program Literasi Ict" pada hari Sabtu ini, 18 Febuari 2017. Kami juga berbesar hati ingin menjemput seluruh penduduk Kg Permatang untuk bersama-sama menjayakan program ini. Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti, pertandingan mewarna (6-9 tahun), kuiz ict online (13-15 tahun), cabutan bertuah bagi semua peserta yang terlibat. Selain itu, kami ingin memperkenalkan satu kempen yang dikenali sebagai "Mobile E-Waste". Mobile E-Waste atau dalam bahasa melayu E-Sisa Mudah Alih ialah perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik dan elektronik yang telah dibuang. E-sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk kepada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas dan aksesori. Kepada peserta yang menghadiri di alu-alukan untuk membawa bersama barangan-barangan E-Waste.