Tarikh : 11 April 2018

Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : SMK Kampung Bahagia Teluk Intan

Peserta : 160 Orang

Tujuan

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Aktiviti

Taklimat Klik dengan Bijak kepada para pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 serta 4 orang guru. Diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta yang terlibat.

Gambar Disini

Tarikh : 4 April 2018

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Baru Teluk Intan

Peserta : 6 orang

Tujuan

Taklimat penceramah Frog-Vle diadakan kepada pengurus Pusat Internet Cluster Teluk Intan. Taklimat ini adalah salah satu kerjasama NBOSS PPD Hilir Perak bersama PKG Hilir Perak dan Pusat Internet 1 Malaysia Cluster Teluk Intan untuk mengadakan sesi pembelajaran di Pusat Internet kepada para pelajar sekolah.

Aktiviti 

Peserta telah diberikan sesi taklimat dan tunjuk ajar menggunakan laman sesawang Frog-Vle dengan betul. 

Gambar Disini

Tarikh : 19 & 20 Mac 2018

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 12 Orang 

Tujuan

Program ini telah bekerjasama dengan PPD Hilir Perak di bawah satu perlaksanaan NBOS. Sepanjang program ini para peserta telah membantu PI1M Kg. Permatang menaik taraf dan membaiki neetbook 1 Malaysia.

Aktiviti

Membaiki serta menaik taraf kesemua neetbook 1 Malaysia sebanyak 120 buah neetbook. Acara makan pagi, tengah hari dan petang disediakan untuk para peserta.

Gambar Disini 

Tarikh : 25 Mac 2018

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Perkarangan Dewan Haji Ijom Kg. Permatang

Peserta : 120 Orang

Tujuan

Kelas Pembangunan Kesejahteraan Keluarga adalah satu aktiviti pendidikan non-formal yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat yang berkualiti.

Aktiviti

Dimulakan dengan pendaftaran peserta yang hadir, ceramah oleh En. Azmi, majlis perasmian mesyuarat agong PKK oleh Ybhg. Datin Sri Hajah Rohkiah, mesyuarat agung bermula dan diakhiri dengan jamuan  makan.

Gambar Disini

 

Tarikh : 11 Mac 2018

Masa : 9 pagi - 6 petang

Tempat : Dewan SJKC San Min

Peserta : 250 Orang 

Tujuan

Dapat memupuk sifat kepimpinan serta keusahawanan dalam diri para peserta di samping menyediakan khidmat ceramah kesihatan kepada masyarakat sekeliling.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuan, pertandingan mewarna, dam ular, pertandingan congkak, Kuiz KDB. Pelbagai pameran juga disediakan seperti pameran dari Kenali Ubat Farmasi Hospital, Giatmara Action, OneXox, Jom Gempur Aedes dan pelbagai lagi.

Gambar Disini