Tarikh : 17 Januari 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 9 orang 

Tujuan

Mendalami fungsi dan maksud Emel secara lebih terperinci serta menggunakan enjin carian dengan betul dan mudah.

Aktiviti

Para peserta belajar menggunakan emel dengan memuat naik gambar, dokument, emoji dan format yang mudah. Para peserta menaip emel dengan menggunakan enjin carian Google, Yahoo dan Internet Explorer.

Gambar Disini

Tarikh : 09 Januari 2019

Masa : 4.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 12 Orang

Tujuan

Membincangkan agenda dan aktiviti yang akan dibuat pada tahun ini, serta meraikan kejayaan guru-guru kelas tambahan untuk murid-murid UPSR tahun 2018

Aktiviti

Perbincangan aktiviti yang menarik yang bakal berlangsung dan jamuan ringkas.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Disember 2018

Masa : 3.00 petang - 5.30 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kampung Permatang

Peserta : 10 Orang

Tujuan

Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya serta peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.

Aktiviti

Guru masakan telah menyediankan resepi kek sambil mengajar kepada para peserta cara membuat kek dengan betul. Kemudian peserta saling bekerjasama membuat kek marble kukus mengikut resepi tersebut serta mereka saling mempelajari bakat dan ilmu baru. Setiap hidangan yang telah dibuat akan diagihkan setiap sorang.

Gambar Disini

Tarikh : 24 Disember 2018

Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 200 Orang

Tujuan

Memupuk semangat mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan antaranya sukaneka dewasa dan kanak-kanak, pameran daripada MedifaCare dan Unit Farmasi Hospital, jualan-jualan, aktiviti Dashboard ( MyKomuniti, MyShop, muat turun aplikasi dashboard, Ihealth), ceramah Makanan Seimbang daripada doktor pakar pemakanan Hospital Teluk Intan, acara menghias sandwich yang sihat, gigi cantik senyuman menarik, kuiz kesihatan dan diakhiri dengan penyampai hadiah dan ucapan penutup oleh Ketua Kampung Permatang.

Gambar Disini

 

Tarikh : 10 Disember 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 7 Orang

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada pengguna akan keselamatan semasa melayari internet.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan keselamatan internet serta diberikan demo dan contoh-contoh untuk lebih difahami.

Gambar Disini