Pusat Internet Kampung Permatang terletak di dalam kawasan Dun Sungai Manik. Terdapat 35 buah kampung di dalam kawasan Dun Sungai Manik. Antaranya ialah Kampung Sungai Manik Kiri, Kampung Sungai Manik Kanan, Kampung Sungai Manik Lama Kiri, Kampung Sungai Manik Lama Kanan, Kampung Sungai Tungku, Kampung Sungai Kerawai, Kampung Permatang dan lain lain kampung lagi.

Lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Permatang terletak kira kira 10 kilometer dari Bandar Teluk Intan. Terdapat pelbagai jenis kemudahan yang ada di kawasan Pusat Internet Kampung Permatang. Antaranya ialah klinik, sekolah rendah, sekolah agama rakyat, gelanggang pelbagai guna dan masjid. Bukan hanya penduduk tempatan sahaja, malah perantau di rantauan juga dapat menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan infrastruktur yang di sediakan.