Tarikh : 25 Oktober 2018

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Dewan Haji Ijom Kg. Permatang

Peserta : 12 Orang

Tujuan

Kelas Pembangunan Kesejahteraan Keluarga adalah satu aktiviti pendidikan non-formal yang bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup keluarga ke arah mewujudkan masyarakat yang berkualiti.

Aktiviti

Para wanita bekerjasama belajar membuat masakan Kek Marble sebelum kehadiran Ketua Kampung dan wakil AJK Masjid. Setelah itu, kek marble yang telah siap dihidangkan kepada tetamu kehormat. Mesyuarat ini telah dibincangkan untuk membuat sambutan Maulidur Rasul serta membincangkan lawatan ke kilang biskut untuk ahli-ahli PKK Kg. Permatang.

Gambar Disini