Tarikh : 14 November 2017

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : S.K. Raja Muda Musa Teluk Intan 

Peserta : 310 Orang Murid

Tujuan

Dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak, ibubapa serta orang dewasa terutama dari aspek keselamatan dan perlindungan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan lebih mendalam.

Aktiviti

Para peserta diberikan keterangan dan ucapan pengenalan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K Safe & Protect, peserta diberikan demonstrasi menggunakan alat pemadam api dengan betul, perserta juga diberikan pengetahuan tentang aspek-aspek menjaga keselamatan diri semasa diluar rumah. Para peserta juga dapat mengetahui mengenai cara menghadapi situasi yang bahaya dan tindakan yang betul.

Gambar Disini

Tarikh : 8 November 2017

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 20 Orang Guru

Tujuan

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) adalah merupakan satu kaedah meningkatkan pengetahuan, kefahaman tentang amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan dibilik darjah.

Aktiviti

Latihan Dalam Perkhidmatan dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman oleh itu cara yang sesuai ialah melalui ceramah dan bengkel. Antara ceramah yang telah dibuat sepanjang program ini ialah Kemahiran Asas P&P bagi seorang guru, Pengurusan Stress dan Tiga Belas Pendekatan P&P yang berkesan. Manakala bengkel yang dilaksanakan ialah Pengurusan Panitia Mata Pelajaran, Pengucapan Awam dan juga Pembinaan Item Pentaksiran yang mencapai piawai Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Ceramah dan bengkel disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang. Penutupan program diakhiri dengan jamuan makan.

Gambar Disini

Tarikh : 25 & 26 September 2017

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 28 Orang

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu mengetahuan dalam bidang ICT kepada murid-murid Tahun 6. Pengetahuan ICT dalam masa ini sangat penting dalam kehidupan harian dan sangat diperlukan padda masa hadapan. Pendedahan kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.

Aktiviti

Para peserta diberikan tunjuk ajar mengenali perkakasan komputer dan cara menggendalikan komputer dengan betul. Selain itu, peserta diajar menggunakan perisian komputer yang penting seperti Microsoft Office dan peserta diberikan kuiz spontan serta bahan kemahiran yang telah diajar. Di akhir aktiviti ini, para peserta diberikan sijil Intel daripada pihak kami.

Tarikh : 7 Oktober 2017

Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 150 Orang

Tujuan

Jabatan Farmasi Hospital Teluk Intan telah mengadakan kempen Kenali Ubat Anda yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Permatang. Aspek utama dalam kempen ini adalah untuk memberi pendedahan dan penekanan kepada pengguna tentang pentingnya pengambilan ubat-ubatan secara berhemah dan betul. Kempen yang bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang ini disasarkan kepada pesakit, staf dan juga orang awam.

Aktiviti

Selain dari pameran Kenali Ubat Anda, pemeriksaan kesihatan untuk pengunjung juga turut diadakan. Pemeriksaan berat badan, ketinggian, BMI dan pengukuran tekanan darah disediakan secara percuma untuk pengunjung yang datang. Pameran pendidikan kesihatan mengenai penyakit darah tinggi serta contoh-contoh ubat yang digunakan di dalam rawatan penyakit darah tinggi turut disediakan. Pelbagai juga aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, teka silang kata, dam ular Kempen Kenali Ubat serta cabutan bertuah. Sesi ceramah mengenai Kenali Ubat Anda turut diadakan pada hari tersebut. Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Farmasi, En. Reyme Rezza selama satu jam. 

Gambar Disini

Tarikh : 26 Ogos 2017

Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg. Permatang

Peserta : 75 Orang

Tujuan

Mempromosikan applikasi dahsboard kepada komuniti, merapatkan hubungan silaturrahim antara Pusat Internet dengan komuniti. Selain itu, tujuan Hari Dashboard ini dapat memberikan kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet kepada komuniti.

 Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan serta demonstrasi applikasi dashboard. Peserta mencuba sendiri menggunakan applikasi tersebut serta menjawab soalan kuiz secara spontan. Antara aktiviti yang disediakan menggunakan applikasi MySoal, peserta disediakan untuk pemeriksaan kesihatan iHealth dengan menggunakan applikasi MyHealth, para usahawan yang terlibat memuatnaik produk terbaru di applikasi MyShop. Selain itu, petugas Pi1m memberikan sedidkit sebanyak taklimat Klik dengan Bijak kepada para peserta yang hadir dan pelbagai hadiah menarik disediakan.