Assalamualaikum, Pusat Internet 1 Malaysia akan mengadakan "Program Literasi Ict" pada hari Sabtu ini, 18 Febuari 2017. Kami juga berbesar hati ingin menjemput seluruh penduduk Kg Permatang untuk bersama-sama menjayakan program ini. Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti, pertandingan mewarna (6-9 tahun), kuiz ict online (13-15 tahun), cabutan bertuah bagi semua peserta yang terlibat. Selain itu, kami ingin memperkenalkan satu kempen yang dikenali sebagai "Mobile E-Waste". Mobile E-Waste atau dalam bahasa melayu E-Sisa Mudah Alih ialah perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik dan elektronik yang telah dibuang. E-sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk kepada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas dan aksesori. Kepada peserta yang menghadiri di alu-alukan untuk membawa bersama barangan-barangan E-Waste.