Tarikh : 29 April 2018

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Permatang

Peserta : 300 Orang

Tujuan

Hari Bersama Komuniti menggabungkan kepada 3 Pusat Internet 1Malaysia(PI1M), iaitu PI1M Kampung Permatang, PI1m Kampung Makmur Sungai Galah dan PI1m Kampung Gajah di bawah Parlimen Pasir Salak. Hari Bersama Komuniti ini adalah merupakan sebuah program yang dapat merapatkan antara PI1M dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai kesinambungan agar operasi dan perkhidmatan PI1M terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya ialah bengkel usahawan, klik dengan bijak,  pertandingan mewarna, pameran daripada unit Farmasi Hospital dan Jabatan Penerangan, aktiviti demontrasi kebakaran daripada  Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Kuiz ICT, pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat dahsboard komuniti, pelbagai permainan menarik dan cabutan bertuah. Perasmian program ini telah dirasmikan oleh Dato' Shaharuddin Bin Abu Sohot, Ketua Pengarah Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

Gambar Disini