Tarikh: 3 Ogos 2019

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Melatih serta memantau pelajaran murid-murid tingkatan tiga

Aktiviti

Para pelajar tingkatan tiga menyiapkan latihan serta kerja rumah yang dibekalkan oleh guru-guru disekolah. Mereka mengulangkaji pelajaran serta bersoal jawab sambil memahami topik-topik pelajaran yang telah di ajar disekolah.

 

Gambar Disini

Tarikh : 20 Julai 2019

Masa : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta: 45 Orang

Tujuan 

Mengasah bakat peserta menerusi pertandingan Beyblade ini.

 

Aktiviti

Peserta perlu menggunakan Beyblade masing-masing bagi tujuan pertandingan ini. Seorang peserta hanya dibenarkan menggunakan satu beyblade yang terbaik sahaja. Markah akan diberikan oleh juri kepada beyblade yang tidak pecah serta paling lama berputar di atas gelanggang. Para pemenang akan diberikan hadiah daripada pihak penganjur. 

 

"Gambar Disini"

 Tarikh : 8 Julai 2019

Masa : 8.30 pagi - 5.30 Petang

Tempat : Pusat Internet kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 347 Orang

Tujuan

Mengeratkan hubungan di antara komuniti dengan Pusat internet kampung Permatang serta mempromosikan segala perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan antaranya pertandingan kuiz ICT sekolah rendah yang mana telah melibatkan 3 buah sekolah rendah sekitar kawasan Sungai Manik ini iaitu SK Permatang, SK Sg. Tukang Sidin serta SK Pekan Rabu. Aktiviti mewarna kategori Prasekolah Al-Fatih SK. Permatang dan Prasekolah Al-Falah SK Pekan Rabu dan Tabika KEMAS Permatang Parit 7B dan Tabika KEMAS Parit 3A Sungai Manik. Antara lain, terdapat juga pameran daripada agensi-agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Majlis telah dirasmikan oleh wakil daripada Pejabat ADUN Sungai Manik iaitu En. Nor Azman B. Ashkar (Pegawai Khas ADUN Sungai Manik). Turut hadir Penghulu Mukim Sungai Manik En. Jamily B. Ramna serta Pengerusi-Pengerusi MPKK sekitar Kawasan Mukim Sungai Manik, Wakil daripada Telekom Malaysia Berhad iaitu En. Syakirin B. Ismail serta wakil daripada pihak MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.  En. Ridha B. Tajuddin.

"Gambar Disini"

Tarikh : 11 Julai 2019

Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 18 Orang

 

Tujuan

Melengkapkan data HERMIS bagi tahun 2019.  

 

Aktiviti

Para peserta yang terdiri daripada  Pembantu Tadbir dari Sekolah Rendah di Sekitar Kawasan Daerah Hilir Perak perlu melengkapkan data HERMIS bagi tahun 2019. Para peserta saling bantu-membantu bagi melengkapkan data tersebut di bawah pemantauan  Puan Nor Azia Binti Mohamad Noor.

"Gambar Disini"

 Tarikh :4 julai 2019

Masa : 3.30 Petang - 5.30 Petang

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 9 Orang

Tujuan

Mengasah pengetahuan pelajar terhadap maklumat ICT

 

Aktiviti

Para pelajar sekolah menengah telah di berikan soalan dan mereka perlu menjawab soalan kuiz ICT terbabit dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Pelajar yang mendapat markah tertinggi bagi Kuiz ICT ini dikira pelajar yang telah berjaya mendapat tempat pertama.

"Gambar Disini"