Tarikh: 04 Oktober 2022

Masa: 9 Pagi-12 Tengahari

Tempat: PEDi Kampung Permatang Sg Manik

Peserta: 15 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada anak anak kecil yang masih di tadika mengenai asas asas perkakasan komputer supaya mereka tidak ketinggalan pada masa sekarang.

Aktiviti

Pendedahan yang awal seperti ini dapat memupuk minat anak anak kepada teknologi pada zaman sekarang setanding dengan arus pemodenan dan teknologi yang semakin laju. Dengan aktiviti seperti ini anak anak kelihatan sangat teruja dengan ilmu dan pendedahan yang diberikan oleh petugas dan cikgu-cikgu.

" Gambar Disini"

 Tarikh : 23 September 2022

Masa : 3 Petang-5 Petang

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sg Manik

Peserta : 8 Orang 

 

Tujuan 

Mempelajari ilmu memasak atau membuat makanan bertemakan 'dessert' iaitu Roti Cream Cheese oleh guru masakan daripada KEMAS

Aktiviti 

Bengkel keusahawanan seperti kelas memasak seperti ini dapat mendidik komuniti di daerah ini mempelajari makanan pencuci mulut yang mudah dan dengan kos yang rendah serta boleh dibuat jualan untuk menjana pendapatan. Disamping itu, aktiviti seperti ini juga boleh mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat.

" Gambar Disini"

Tarikh : 6 September 2022 

Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sg Manik

Peserta : 6 Orang 

 

Tujuan 

Mendedahkan pengetahuan kepada para pelajar mengenai tempat tempat bersejarah yang ada di Malaysia

Aktiviti 

Petugas menerangkan kepada para pelajar mengenai tempat tempat bersejarah di Malaysia bagi mengasah pengetahuan am kepada mereka

dan mendidik cinta akan sejarah agar mengetahui sejarah sedari kecil.

 

" Gambar Disini"

 

Tarikh : 09 September 2022 

Masa : 2 Petang-5 Petang

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sg Manik

Peserta : 10 Orang 

 

Tujuan 

Mengadakan aktiviti yang mampu membina daya kreativiti dikalangan pelajar 

Aktiviti 

Membina daya kreativiti dan daya berfikir aras tinggi dikalangan para pelajar dengan mereka bentuk pelbagai

jenis menara mahupun simbolik yang ada di Malaysia untuk dijadikan sebagai replika. Aktiviti ini boleh mengisi masa

lapang semasa cuti sekolah dengan aktiviti yang menarik di samping mengeratkan silaturrahim dikalangan pelajar.

 

" Gambar Disini"

 Tarikh : 12 Ogos 2022

Masa : 3 Petang - 5 Petang 

Tempat : PEDi Kg Permatang Sg Manik

Peserta : 10 Orang 

Tujuan 

Mengasah pengetahuan menghasilkan  suntingan di aplikasi Canva  selaras dengan teknologi pada masa kini.

 

Aktiviti 

Petugas memberikan  pendedahan kepada para pelajar berkenaan teknik dan format dalam membuat suntingan di aplikasi Canva. Para peserta diajar serta membuat latihan menerusi aplikasi Canva ini.

 

"Gambar disini"