Tarikh : 9 November 2022

Masa : 10 Pagi-12 Tengahari

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 6 Orang

Tujuan 

Mengadakan E-Learning Kahoot kepada pelajar sekolah bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah

Aktiviti

E-Learning Kahoot kali ini berkisarkan tentang pengetahuan Matematik bagi murid Sekolah Kebangsaan Permatang khususnya murid tahap satu. Mereka sangat gemarkan aktiviti seperti ini kerana dapat bersaing bersama sama kawan kawan seusia mereka. 

" Gambar Disini"

 Tarikh : 3 November 2022

Masa : 8 Pagi-6 Petang

Tempat : PEDi kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 20 Orang

 

Tujuan

Kursus Peningkatan kemahiran Dan Pendapatan Golongan Usahawan dan Wanita adalah dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi ilmu dan pendedahan perniagaaan kepada usahawan di kawasan komuniti Kampung Permatang Sungai Manik yang disampaikan oleh Rakan Digital kami iaitu En Azizan.

 

Aktiviti 

Peserta kursus adalah terdiri daripada usahawan wanita dikawasan komuniti Kampung Permatang Sungai Manik yang menjalankan perniagaan dalam kategori Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti menjual kuih sejuk beku, menjual air buah, mengusahakan katering, mengusahakan dodol dikawasan rumah dan pelbagai lagi. Peserta diberi ilmu dan pendedahan seperti ilmu marketing di Facebook page, pengenalan kepada whatsapp business dan cara menyunting gambar di aplikasi Canva.  

" Gambar Disini"

 Tarikh : 15 Oktober 2022

Masa : 10 Pagi-11 Pagi

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sg Manik

Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Mengadakan aktiviti kelas kahoot kepada murid murid sekolah rendah

Aktiviti

Mengisi masa yang terluang semasa cuti hari minggu kepada murid murid sekolah rendah dengan aktiviti seperti ini dan memberi hadiah kepada yang berjaya menjawab dengan betul dan pantas.

" Gambar Disini"

 

 Tarikh : 21 Oktober 2022

Masa : 8 Pagi - 11 Pagi

Tempat : Masjid Az-Zahir

Peserta :  200 Orang

 

Tujuan 

Mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul bersama komuniti Kampung Permatang dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Permatang. 

Aktiviti

Perarakan sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaihi Wasallam di Masjid Az-Zahir bersama komuniti Kampung Permatang serta pelajar dari Sekolah Kebangsaan Permatang. Aktiviti seperti ini dapat melahirkan rasa kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad sambil berselawat keatas baginda. 

 

" Gambar Disini"

Tarikh: 04 Oktober 2022

Masa: 9 Pagi-12 Tengahari

Tempat: PEDi Kampung Permatang Sg Manik

Peserta: 15 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada anak anak kecil yang masih di tadika mengenai asas asas perkakasan komputer supaya mereka tidak ketinggalan pada masa sekarang.

Aktiviti

Pendedahan yang awal seperti ini dapat memupuk minat anak anak kepada teknologi pada zaman sekarang setanding dengan arus pemodenan dan teknologi yang semakin laju. Dengan aktiviti seperti ini anak anak kelihatan sangat teruja dengan ilmu dan pendedahan yang diberikan oleh petugas dan cikgu-cikgu.

" Gambar Disini"