Tarikh : 15 Januari 2023

Masa : 3 Petang-5 Petang

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 5 Orang

Tujuan

Memberi pendedahan asas ilmu perkomputeran Microsoft Word kepada murid darjah 6 SK  Permatang

Aktiviti

Pendedah sedari awal amat berguna supaya murid dapat mengaplikasinya di bangku sekolah menengah dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu-cikgu. ianya sebagai nilai tambah kepada pelajar dalam mengaplikasikan ilmu asas ICT di bangku sekolah menengah. 

 " Gambar Disini"

Tarikh : 13 Januari 2023

Masa : 9.30 Pagi-12 Tengahari

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 5 Orang

Tujuan

Kursus Pengendalian Makanan yang dilakukan secara atas talian ini dibuka kepada semua usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan untuk memberi pengetahuan yang lebih detail kepada mereka dalam mengendalikan makanan.

Aktiviti

Sepanjang kursus dilaksanakan peserta diberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan cara mengendalikan makanan yang betul. Disamping itu, mereka juga perlu menjalani ujian sebelum dan selepas daripada kursus bagi menguji pengetahuan mereka setelah menjalani kursus. Kursus seperti ini sangat bagus dan berkesan kepada para usahawan supaya dapat menyediakan makanan yang bersih kepada pembeli sebelum menjual. 

''Gambar Disini'"

 

 

Tarikh: 5 Disember 2022

Masa : 2.15 Petang-2.45 Petang

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Murid-murid Sekolah Agama Rakyat meluangkan masa sebentar di PEDi untuk menimba ilmu bermain ABCya sambil belajar.

Aktiviti

Aplikasi 'ABCya' yang didedahkan kepada murid murid Sekolah Rendah Agama Rakyat dengan bantuan petugas supaya mereka boleh bermain disamping belajar. Ianya mewujudkan suasana yang santai dan seronok sambil menimba ilmu asas seperti subjek Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

" Gambar Disini"

 

Tarikh : 20 Disember 2022

Masa : 9 Pagi-12 Tengahari

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 5 Orang 

Tujuan

Memperkenalkan aplikasi 'Mynick' kepada usahanita komuniti Kampung Permatang Sungai Manik.

Aktiviti

Aplikasi seperti 'Mynick' dapat membantu para usahawan mempromosikan produk mereka kepada prospek mengenai produk yang dijual. Sebagai contoh, apabila mempromosikan produk di Facebook atau Instagram , penjual dapat memudahkan pelanggan dengan memasukkan link 'whatsapp' untuk pelanggan lebih mudah membeli atau bertanyakan soalan kepada penjual sekaligus boleh terus membeli dan boleh menambah pendapatan kepada penjual.

" Gambar Disini"

 Tarikh : 21 November 2022

Masa : 3 Petang - 5 Petang

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta :10 orang

Tujuan

Mengadakan kelas keusahawanan kepada usahanita komuniti Kampung Permatang dalam mempelajari cara-cara membuat kek alunan kasih.

Aktiviti

Kelas usahanita daripada cikgu Farah iaitu Pemaju Masyarakat Kemas kali ini mempelajari cara membuat kek alunan kasih kepada usahanita komuniti Kampung Permatang supaya dapat menjana pendapatan sampingan dari rumah. 

 

" Gambar Disini"