Tarikh : 14 April 2023

Masa : 8.30 Pagi - 12 Tengahari 

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 6 Orang

Tujuan 

Bengkel kuih raya siri 2 membuat biskut untuk hari raya iaitu Biskut Nestum

Aktiviti

Projek kuih raya ini sekali lagi ketuai oleh tenaga pengajar daripada KEMAS iaitu cikgu Farra Wahida dengan sambutan dan kerjasama daripada komuniti setempat. Biskut nestum yang dipelajari ini boleh meningkatkan pendapatan bagi usahawan kecil dan sederhana di kawasan ini bagi meningkatkan taraf hidup dengan menjual kepada orang ramai.

"Gambar Disini"

 Tarikh : 06 April 2023

Masa : 8 Pagi-12 Tengahari 

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 6 Orang

Tujuan 

Projek kuih raya kali ini diadakan sepanjang bulan Ramadhan untuk membantu komuniti setempat mempelajari aneka jenis kuih raya seperti Cornflakes Caramel dan Biskut 3 musim

Aktiviti 

Projek kuih raya dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada KEMAS iaitu Cikgu Farrah Wahida kepada komuniti Kampung Permatang Sungai Manik sepanjang bulan Ramadhan ini. Para usahawan boleh mengisi masa lapang dengan mempelajari cara membuat biskut atau kuih raya dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan juga dengan mengambil tempahan dari orang ramai.

"Gambar Disini"

Tarikh : 16 Mac 2023

Masa : 10 Pagi - 1 Petang

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 50 Orang

Tujuan

Telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Kelas Pendidikan Kesejahteraan keluarga bagi memilih Ahli Jawatankuasa tertinggi bagi sessi 2023/2024. Juga membincangkan masalah atau idea sepanjang tahun.  

Aktiviti 

Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh En Zaidulkhair bin Suhaimi iaitu Pegawai En Zaidulkhair Bin Suhaimi iaitu Pegawai Kemas daerah Perak Tengah dan di hadiri oleh Pn Siti Azizah Bt Yaakob iaitu Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pendidikan Kemahiran. Mengadakan perbincangan masalah atau penambah baikan sepanjang tahun. Telah dihadiri seramai 50 orang peserta dan sangat meriah dengan pelbagai jenis cabutan hadiah disediakan. Alhamdulillah. 

''Gambar Disini'"

 Tarikh : 05 April 2023

Masa : 10 Pagi-12 Tengahari

Tempat : PEDi Permatang Sungai Manik

Peserta : 10 Orang 

Tujuan 

Mendedahkan ilmu-ilmu asas bagi mengendalikan cara penyuntingan gambar dan video menerusi internet.

Aktiviti

Para pelajar sekolah rendah didedahkan ilmu asas penyuntingan gambar dan video yang dikendalikan oleh puan Pengurus iaitu Pn Elme. Sepanjang kelas atau bengkel ini kita dedahkan cara membuat kad jemputan, poster, edit gambar video dan bermacam lagi. Sangat berguna dan tidak rugi bagi pelajar memperlajarinya sebelum memasuki alam sekolah menengah. 

''Gambar Disini'"

 Tarikh : 06 Mac 2023

Masa : 10 Pagi-12 Tengahari

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 4 Orang 

Tujuan 

Mendedahkan cara menyunting gambar di aplikasi 'Canva' kepada murid-murid sekolah rendah sedari kecil

Aktiviti

Murid-murid didedahkan dengan cara cara menyunting gambar, membuat poster dan memanfaatkan aplikasi canva untuk kegunaan dimasa hadapan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kampung Permatang. 

''Gambar Disini'"