Tarikh : 22 September 2023

Masa : 10 Pagi-11 Pagi

Tempat : PEDi Kampung Permatang 

Peserta : 10 Orang

Tujuan

Mendedahkan ilmu ICT diperingkat awal kepada generasi muda seperti pelajar sekolah rendah

Aktiviti 

Kelas kali ini memperkenal kan cara membuat jadual, memasukkan 'image' kedalam word dan membuat surat rasmi. setiap kali aktiviti seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. 

''Gambar Disini'"

Tarikh : 17 September 2023 

Masa : 10 Pagi - 12 Tengahari

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Tujuan 

Kelas STEM bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang dan mendedah kan kepada mereka reka bentuk dan teknologi. 

Aktiviti

Kelas STEM pada minggu ini menggunakan bahan-bahan seperti botol, straw, penutup botol dan belon untuk dijadikan sebagai bot. Pengurus PEDi iaitu Puan Elme mendedahkan ilmu reka bentuk dan teknologi kepada adik-adik dan memberi pendedahan ilmu sains. Pendedahan dan kelas pada hari minggu seperti ini sangat berguna kerana dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.  

''Gambar Disini'"

Tarikh : 18 Ogos 2023

Masa : 10 Pagi-12 Tengahari 

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik 

Peserta : 6 Orang

Tujuan 

Pelajar menyiapkan tugasan buku skrap sempena hari anti dadah kebangsaan.

Aktiviti

Para pelajar menyiapkan tugasan buku skrap sempena hari anti dadah kebangsaan bagi mengasah minat menyunting poster dan memberi pendedahan mengenai bahaya terlibat dengan gejala dadah. 

''Gambar Disini'"

Tarikh : 9 September 2023

Masa : 9 Pagi-10 Pagi

Tempat : PEDi Kampung Permatang Sungai Manik

Peserta : 20 Orang

Tujuan

Kelas STEM bagi pelajar sekolah rendah mempelajari bagaimana teknik sains dalam kehidupan harian

Aktiviti

Para pelajar sangat tekun mendengar taklimat daripada Pengurus PEDi iaitu Puan Elme yang menerangkan bagaimana teknik sains ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

''Gambar Disini'"

 Tarikh : 10 Ogos 2023

Masa : 3 Petang-5 Petang

Tempat : Dewan orang ramai Hj Isom

Peserta : 10 orang

Tujuan 

Kelas Usahawan bersama cikgu Farrah Adiba daripada KEMAS mengajar cara pembuatan 'corndog' sesuai untuk semua lapisan umur.

Aktiviti

kelas pada minggu ini bertemakan minum petang yang sangat mudah dan sedap. sesuai untuk semua lapisan umur, sangat sedap dan simple untuk diikuti. Mendapat sambutan hangat daripada komuniti setiap minggu hadir ke kelas memasak. 

''Gambar Disini'"