Tarikh : 14 April 2022

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang

Tempat : PEDi Kg. Permatang Sg. Manik

Peserta : 3 Orang

 

Tujuan 

Memberikan pendedakan kepada para pelajar ilmu berkenaan kepelbagaian penggunaan aplikasi di google serta keselamatan dalam menguruskan emel supaya tidak berlaku salah guna terhadap emel peribadi.

Aktiviti

Membantu pelajar menghantar dan membuka emel, membuat google form, mengajar google classroom serta melampirkan bahan2 yang ingin dihantar kepada guru kelas masing-masing serta memberikan pendedahan berkaitan keselamatan ketika melayari emel di tempat-tempat awan seperti siber kafe dan di maklmal komputer sekolah.

"Gambar Disini"

 Tarikh : 16 Mac 2022

Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat : PEDi Kg. Permatang Sg. Manik

Peserta : 6 Orang

Tujuan

Melatih para pelajar sekolah menggunakan komputer

Aktiviti

Pelajar Prasekolah Al-Fatih Sk. Permatang melaksanakan aktiviti menggunakan aplikasi ABCYA. Mereka dipantau dan diajar oleh petugas untuk memahirkan menggunakan komputer.

" Gambar Disini"

Tarikh : 16 & 17 Oktober 2018

Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang

Peserta : 25 Orang

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu mengetahuan dalam bidang IT kepada murid-murid Tahun 6 SK Permatang. Pengetahuan IT dalam masa ini sangat penting dalam kehidupan harian dan sangat diperlukan padda masa hadapan. Pendedahan kanak-kanak kepada IT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.

Aktiviti

Murid-murid diberikan tunjuk ajar mengenali perkakasan komputer dan cara menggendalikan komputer dengan betul. Selain itu, peserta diajar menggunakan perisian komputer yang penting seperti Microsoft Office dan peserta diberikan kuiz spontan serta bahan kemahiran yang telah diajar. Di akhir aktiviti ini, para peserta diberikan sijil daripada pihak kami.

Gambar Disini

  Tarikh  : 20 Oktober 2021 (Rabu)

  Masa    : 2.30 petang - 4.30 petang

 Tempat : Pusat Internet Komuniti Kg. Permatang Sg. Manik

 Peserta : 3 Orang

Tujuan 

Mendapatkan akses internet, ruang belajar yang selesa serta kemudahan percetakan.  

Aktiviti 

Sekumpulan pelajar Tingkatan 6 mendapatkan akses internet di PIK Kg. Permatang Sg. Manik untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan komputer peribadi dan menyelesaikan tugasan latihan kendiri yang telah diberikan oleh guru-gurur mereka. Petugas PIK Kg. Permatang Sg. Manik turut memberikan bimbangan kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. 


"Gambar Disini"

Kami Sayang DUN Sungai Manik

 

Yb Dato' Zainol Fadzi Bin Hj Paharudin menyampaikan kotak YBU kepada 100 penerima terpilih di perkarangan Pusat Khidmat DUN Sungai Manik. Di dalam kotak tersebut terdapat beberapa jenis barangan dapur seperti minyak, beras, gula, tepung dan kicap. Tahniah dan syabas kepada Yb Dato' kerana memberi sumbangan walaupun tidak seberapa tetapi sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka.