Tarikh : 16 & 17 Oktober 2018 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Pusat Internet Kampung Permatang Peserta : 25 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu mengetahuan dalam bidang IT kepada murid-murid Tahun 6 SK Permatang. Pengetahuan IT dalam masa ini sangat penting dalam kehidupan harian dan sangat diperlukan padda masa hadapan. Pendedahan kanak-kanak kepada IT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.
Aktiviti
Murid-murid diberikan tunjuk ajar mengenali perkakasan komputer dan cara menggendalikan komputer dengan betul. Selain itu, peserta diajar menggunakan perisian komputer yang penting seperti Microsoft Office dan peserta diberikan kuiz spontan serta bahan kemahiran yang telah diajar. Di akhir aktiviti ini, para peserta diberikan sijil daripada pihak kami.