“Berikutan pandemik Covid-19 di negara dan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, maka Pusat Internet akan ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 di seluruh negara. Keputusan untuk menutup Pusat Internet adalah sejajar dengan Perintah Kawalan ini yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Untuk makluman komuniti setempat, perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) tidak berfungsi sementara waktu sehingga tempoh PKP berakhir dari 1 - 12 Mei 2020. Tindakan ini diambil bagi menjayakan PKP fasa ke-4 dan mengurangkan penyebaran wabak COVID-19."