Nama : Nur Hamisah Binti Ahmad Pandi

Umur : 22 Tahun

Tarikh Lahir : 19 November 1998

Latar belakang

Pn. Hamisah merupakan seorang lepasan sekolah yang telah mula berniaga kecil-kecilan sejak tahun 2018. Pada mulanya, beliau hanya menjadi seorang pekerja supermarket.Minat beliau dalam pastry membuatkan belianu nekad untuk mengikuti kursus pastry setelah berhenti kerja supermarket. Setelah itu, Beliau telah menerima tempahan kek disekitar kawasan Sungai Manik . Kini, dari mulut ke mulut beliau telah menjadi usahawan kek yang menyediakan harga yang sangat berpatutan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang 1 tahun, Pn. Hamisah hanya menjual secara dari mulut ke mulut untuk semua kek-kek yang beliau jual. Para pembeli produk beliau hanya terhad kepada penduduk setempat serta kenalan dan saudara-mara sahaja. Jualan beliau tidak berapa memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Hamisah telah menggunakan peluang di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet yang sangat pantas. Sebelum ini beliau hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Namun kini beliau, dapat menggunakan sepenuhnya komputer dan internet untuk melakukan promosi secara dalam talian, juga Pn.Hamisah berhasrat ingin memiliki kedai sendiri suatu hari nanti.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Kelas komputer dan keusahawanan untuk mempromosikan produk-produk beliau.
  • Memuat naik produk beliau di dalam aplikasi Myshop, Facebook serta Instagram

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Membantu Pn. Hamisah mempromosikan barangan jualan beliau di PI serta di applikasi Myshop.