Nama : Nordiyah Binti Rafaai

Umur : 54 Tahun

Tarikh Lahir : 28 Mei 1966

Latar belakang

Puan Nordiyah merupakan seorang peniaga kecil-kecilan yang baru melibatkan diri di dalam bidang perniagaan. Beliau menjual makanan ini disekitar kawasan Sungai Manik . Pn. Nordiyah turut menjadi agen kepada produk-produk kain batik dan kain pelikat viral dimana beliau turut menggunakan produk-produk diatas sebagai bukti kepada keberkesanan produk yang beliau jual. Pada mulanya Pn. Nordiyah hanyalah seorang peniaga gerai kecil-kecilan yang berniaga di tepi jalan di Kawasan Sungai Manik ini, tetapi kini Pn. Nordiayah telah meluaskan perniagaan beliau dengan menjadikan orang kampung yang berminat untuk menjadi agent di bawah beliau juga. Pn. Nordiayah telah melibatkan diri di dalam dunia perniaagaan ini hampir 6 tahun, namun beliau kini semakin serius di dalam bidang ini sejak beliau mempunyai pelanggan tetap serta agen di bawah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang 4 tahun, Pn. Nordiyah hanya menjual secara offline untuk semua produk-produk yang beliau jual di gerai makanan di tepi jalan kawasan Sungai Manik. Para pembeli produk Pn. Nordiyah hanya terhad kepada pengunjung yang datang ke gerai serta kenalan dan saudara-mara sahaja. Jualan Pn. Nordiyah tidak berapa memberangsangkan. Pn. Nordiyah juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk-produk yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Nordiyah telah menggunakan peluang di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet yang sangat pantas. Sebelum ini Pn. Nordiyah hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Namun kini beliau, dapat menggunakan sepenuhnya komputer dan internet untuk melakukan promosi secara dalam talian.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Kelas komputer dan keusahawanan untuk mempromosikan produk-produk beliau.
  • Memuat naik produk beliau di dalam aplikasi Myshop

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Membantu Pn. Nordiyah mempromosikan barangan jualan beliau di PI serta di applikasi Myshop.