Nama : Suhaili Binti Suib

Umur : 39 Tahun

Tarikh Lahir : 21 Jun 1980

Latar belakang

Pn. Suhaili merupakan seorang suri rumah yang baru melibatkan diri  di dalam bidang perniagaan perkhidmatan iaitu Kolam Mandi Dbendang. Pn. Suhaili merupakan pengusaha serta pemilik kepada sebuah kolam mandi yang diberikan nama Dbendang Sungai Manik. Pada mulanya Pn. Suhaili mencuba untuk membuka perniagaan siber kafe tetapi ianya tidak bertahan lama. Tetapi kini Pn. Suhaili selesa dengan menguruskan kolam mandi beliau.   Pn. Suhaili  telah melibatkan diri selama lebih kurang empat tahun di dalam industri ini dan telah mempunyai pelanggan tetap untuk perkhidmatan yang beliau sediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang 1 tahun, Pn. Suhaili hanya mempromosikan secara offline untuk Produk Kolam Mandi Dbendang ini. Para pengunjung Kolam  hanya terhad kepada jiran  tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan juga ahli keluarga. Keuntungan Pn. Suhaili  tidak berapa memberangsangkan. Pn. Suhaili  juga kurang mahir untuk  menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk Kolam Dbendang beliau ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Suhaili  sering datang ke  PI  untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Suhaili hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Namun kini beliau, telah mampu untuk melakukannya sendiri.

Apa yang dipelajari melalui PI

  •        Kelas marketing untuk mempromosikan produk Kolam Mandi Dbendang beliau.
  •        Kelas publisher dan photoshop untuk menghasilkan kad perniagaan.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  •        Membantu Pn. Suhaili mempromosikan perkhidmatan Kolam Mandi Dbendang.