Nama : Nur Izzati Husna Binti Mohd Rosle

Umur : 17 Tahun

Tarikh Lahir : 2 Julai 2002

Latar belakang

Izzati  merupakan pelajar SMK Sungai Manik  yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Izzati. Izzati  tidak dapat menyiapkan kerja projek sewaktu di sekolah rendah dahulu,  disebabkan oleh kurang pendedahan ICT. Izzati  tidak dapat  mengulang kaji pelajaran melalui sistem  E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan tiada jaringan internet di rumah. Beliau hanya  menggunakan komputer disekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Izzati bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Izzati   menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Izzati   juga terhad. Izzati  tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Izzati dapat menimba banyak ilmu sama ada ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Izzati menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat. Dari situ beliau dapat meningkatkan pengetahuan ICT dengan lebih luas serta beliau telah menjadi pengguna internet yang bijak.