Nama : Nor Faezah Binti Mohd Yusoff

Umur : 40 Tahun

Tarikh Lahir : 28 Jun 1979

Latar belakang

Pn. Faezah  merupakan seorang suri rumah yang baru melibatkan diri  di dalam bidang perniagaan sebagai agent produk COWAY dan Hai-O serta menjual simcard dan kad tambah nilai ONE XOX. Pn. Faezah  merupakan agen kepada produk-produk diatas serta beliau turut menggunakan produk-produk diatas sebagai bukti kepada keberkesanan produk yang beliau jual. Pada mulanya Pn. Faezah  hanyalah seorang droopship dan menjual produk ini dari rumah ke rumah. Beliau hanya  mendapat komisyen. Tetapi kini Pn. Faezah  telah menjadi seorang usahawan dengan menjual pelbagai jenis produk-produk keluaran HAI-O, COWAY dan ONE XOX. Pn. faezah telah melibatkan diri selama lebih kurang lima  tahun di dalam industri ini dan telah mempunyai pelanggan tetap untuk produk-produk Coway, HAI-O serta SIMCARD ONE XOX ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang setahun, Pn. faezah hanya menjual secara offline untuk semua Produk-produk Hai-o, Coway dan Sim card One Xox yang beliau jual. Para pembeli produk Pn. faezah  hanya terhad kepada jiran  tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan juga ahli keluarga dan beliau menjual produk-produk ini dari rumah ke rumah sahaja. Jualan Pn. Faezah  tidak berapa memberangsangkan. Pn. Faezah juga kurang mahir untuk  menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk-produk  yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Faezah  sering datang ke  PI  untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. faezah hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Namun kini beliau, telah mampu untuk melakukannya sendiri.