Nama : Muhammad Asmawi Bin Aisa

Umur : 14 Tahun

Tarikh Lahir : 28 September 2005

Latar belakang

Asmawi merupakan pelajar SMK Sungai Manik  yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Asmawi. Asmawi  tidak dapat menyiapkan kerja projek sewaktu di sekolah rendah dahulu,  disebabkan oleh kurang pendedahan ICT. Asmawi  tidak dapat  mengulang kaji pelajaran melalui sistem  E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan tiada jaringan internet di rumah. Beliau hanya  menggunakan komputer disekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Asmawi   bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Asmawi   menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Asmawi   juga terhad. Asmawi  tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Asmawi  dapat menimba banyak ilmu sama ada ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Asmawi menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat. Dari situ beliau dapat meningkatkan pengetahuan ICT dengan lebih luas serta beliau telah menjadi pengguna internet yang bijak.