Nama : Muhd Azmi Bin Arshad

Umur : 46 Tahun

Tarikh Lahir : 16 Febuari 1973

Latar belakang

En. Azmi  merupakan seorang petani yang baru melibatkan diri  di dalam bidang perniagaan makanan sejuk beku iaitu Ais krim Sedap ini. En. Azmi merupakan agen kepada produk Ais Krim The Rolllz. Pada mulanya En. Azmi  hanyalah seorang penjual Ais krim di pasar-pasar malam dan menjualkan produk aiskrim ini bagi pihak agen beliau dan mendapat komisyen. Tetapi kini En. Azmi  telah menjadi seorang pengusaha dan pemilik kepada Syarikat Azmiynie Enterprise dengan menjual pelobagai jenis perasa Ais krim. En. Azmi telah melibatkan diri selama lebih kurang empat  tahun di dalam industri ini dan telah mempunyai pelanggan tetap untuk produk-produk aiskrim ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang setahun, En. Azmi hanya menjual secara offline untuk semua Produk Ais krim Sedap yang beliau jual. Para pembeli produk En. Azmi  hanya terhad kepada jiran  tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan juga ahli keluarga dan beliau menjual aiskrim ini di hadap sekolah-ssekolah rendah yang berada disekitar kampung sungai manik sahaja. Jualan En. Azmi tidak berapa memberangsangkan. En. Azmi juga kurang mahir untuk  menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk Ais Krim Sedap  yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

En.Azmi sering datang ke  PI  untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini En. Azmi hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Namun kini beliau, telah mampu untuk melakukannya sendiri.