Nama : Muhammad Rahmatan Al-Amin Bin Abdul Jamil

Umur : 17 Tahun

Tarikh Lahir : 17 Mei 2002

Latar belakang

Rahmatan merupakan pelajar SMK Sungai Manik  yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Rahmatan. Rahmatan  tidak dapat menyiapkan kerja projek sewaktu di sekolah rendah dahulu,  disebabkan oleh kurang pendedahan ICT. Rahmatan  tidak dapat  mengulang kaji pelajaran melalui sistem  E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan tiada jaringan internet di rumah. Beliau hanya  menggunakan komputer disekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Rahmatan   bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Rahmatan  menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Rahmatan  juga terhad. Rahmatan  tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Rahmatan  dapat menimba banyak ilmu sama ada ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Rahmatan menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat. Dari situ beliau dapat meningkatkan pengetahuan ICT dengan lebih luas serta beliau telah menjadi pengguna internet yang bijak.