Nama : Norziela Binti Mohd Najib

Umur : 32 Tahun

Tarikh Lahir : 2 April 1987

Latar belakang

Pn. Ziela merupakan seorang suri rumah yang baru melibatkan diri di dalam bidang perniagaan. Pn Ziela merupakan agen kepada produk makanan “Family Corner” . Pada mulanya Pn. Ziela hanyalah seorang dropship iaitu menjualkan barang orang lain secara offline dan mendapat komisyen. Tetapi kini Pn. Ziela telah menjadi seorang agen dengan menjual produk-produk keluaran Family Corner. Pn.Ziela telah melibatkan diri selama lebih kurang dua tahun di dalam industri ini dan telah mempunyai pelanggan tetap untuk produk-produk keluaran Family Corner beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang setahun, Pn. Ziela hanya menjual secara offline. Pembeli produk Pn. Ziela hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan juga ahli keluarga sahaja. Jualan Pn. Ziela tidak berapa memberangsangkan. Pn. Ziela juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Ziela banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Ziela hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pn. Ziela juga berjaya mereka sendiri bahan untuk mempromosikan barangan yang di jual.menerusi kelas yang di adakan di PI.