Nama : Mohd Haazim Bin Mohd Razi

Umur : 12 Tahun

Tarikh Lahir : 27 Febuari 2006

Latar belakang

Haazim merupakan pelajar SK Permatang  yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Haazim. Haazim  tidak dapat menyiapkan kerja projek untuk tahun 5  disebabkan oleh kurang pendedahan ICT. Haazim tidak dapat  mengulang kaji pelajaran melalui sistem  E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan tiada jaringan internet di rumah. Beliau hanya  menggunakan komputer disekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Haazim   bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Haaazim  menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Haazim  juga terhad. Haazim  tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Haazim dapat menimba banyak ilmu sama ada ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Haazim menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat. Dari situ beliau dapat meningkatkan pengetahuan ICT dengan lebih luas serta beliau telah menjadi pengguna internet yang bijak.