Nama : Rozeta Binti Napiah

Umur : 46 Tahun

Tarikh Lahir : 7 disember 1972

Latar belakang

Puan Rozeta merupakan seorang usahawaan yang berjaya. Beliau mempunya sebuah butik pengantin. Beliau turut menjalankan perniagaan menjual hasil kraf tangan beg kait yang beliau hasilkan sendiri. Namun beliau kini semakin giat menjalakan perniagaan atas talian untuk produk kraf tangan iaitu beg kait daripada benang bulu kambing. Puan Rozeta telah melibatkan diri didalam bidang perniagaan ini sejak tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selama lebih kurang 3tahun, Puan Rozeta hanya menjual secara offline. Pembeli hasil Kraf tangan Puan Rozeta hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan sahaja. Namun sejak menjalankan perniagaan kraf tangan beg kait daripada benang bulu kambing ini beliau terus bergiat aktif dalam perniagaan atas talian. Jualan Puan Rozeta tidak berapa memberangsangkan menerusi perniagaan offline. Puan Rozeta juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan hasil kraf tangan beg kait ini .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Rozeta banyak meluangkan masa di Pusat Internet untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Puan Rozeta hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Puan Rozeta juga berjaya membuat 1 halaman akaun media sosial facebook untuk mempromosikan barangan yang di jual.