Nama : Siti Nur Syuhada Binti Hairul Nizam

Umur : 11 Tahun

Tarikh Lahir : 25 Disember 2007

Latar belakang

Syuhada merupakan pelajar SK Permatang yang kurang kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Syuhada. Syuhada tidak dapat menghabiskan silibus serta mengulang kaji pelajaran melalui sistem E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan oleh hanya mempunyai masa terhad untuk menggunakan komputer dan capaian internet di sekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Syuhada bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Syuhada menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Syuhada juga terhad. Syuhada tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan lain-lain dengan sebaiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pusat Internet, Syuhada  dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Syuhada menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pusat Internet sebagai satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat.