Nama : Noor Hidayah Binti Naemat

Umur : 32 Tahun

Tarikh Lahir : 19 Mac 1986

Latar belakang

Pn. Hidayah merupakan seorang usahawan yang telah lama terlibat di dalam bidang perniagaan. Pada mulanya Pn. Hidayah membuka restoran di Shah Alam selepas itu beliau beralih arah kepada industri pakaian dimana beliau menjual tudung kekabu dan Neelofa sekarang beliau beralih arah kepada produk Wonderwax. Perniagaan ini pada mulanya hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang sahaja. Tetapi kini Pn. Hidayah telah menjadikan hobi menjual produk Wonderwax sebagai sumber pendapatan tetap. Pn. Hidayah telah melibatkan diri selama lebih kurang 8 tahun di dalam industri perniagaan iaitu sejak beliau menamatkan pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internat

Selama lebih kurang 2 tahun, Pn Hidayah hanya menjual secara offline. Pembeli produk Wonderwax Pn. Hidayah hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan sahaja. Jualan Pn. Hidayah tidak berapa memberangsangkan. Pn. Hidayah juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk Wonderwax beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internat

Pn. Hidayah banyak meluangkan masa di Pusat Internet untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Hidayah hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pn. Hidayah juga berjaya mereka sendiri bahan untuk mempromosikan barangan yang di jual.menerusi kelas yang di adakan di Pusat Internet.