Nama : Raja Haza Binti Raja Idris

Umur : 34 Tahun

Tarikh Lahir : 6 Disember 1984

Latar belakang

Pn. Raja Haza telah menjadi penasihat kecantikan Selama hampir 4 tahun. Beliau juga turut menjual pelbagai jenis barangan daripada keluaran Marry Kay. Beliau mempromosikan barangan tersebut menerusi facebook, instagram whatapps dan jualan langsung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah dianggarkan dalam 15 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Permatang Sg. manik, Pn. Raja Haza kini telah memiliki facebook, Instagram dan whatapss, emel sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Daerah Hilir Perak yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui media sosial tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1600 – RM3000.