Nama : Muhammad Rizal Asmawie Bin Baharin Tahir

Umur : 16 Tahun

Tarikh Lahir : 21 April 2002

Latar belakang

Rizal merupakan pelajar SMK Sungai Manik yang kurang kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran. Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Rizal. Rizal tidak dapat menghabiskan silibus serta mengulang kaji pelajaran melalui sistem E-Pembelajaran Frog Vle disebabkan oleh hanya mempunyai masa terhad untuk menggunakan komputer dan capaian internet di sekolah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Rizal bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Pada masa lapang Rizal menghabiskan masa untuk bermain di luar rumah. Kemahiran komputer Rizal juga terhad. Rizal tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Microsoft Office Word dan lain-lain dengan sebaiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas dan aktiviti di PI, Rizal  dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat. Rizal menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di PI sebagai satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat.