Nama : Zuraihan Binti Shamsudin

Umur : 38 Tahun

Tarikh Lahir : 21 Mei 1980

Latar belakang

Pn. Zuraihan merupakan seorang usahawan yang telah lama terlibat di dalam bidang perniagaan aneka biskut dan kek moden. Pada mulanya Pn. Zuraihan menjual aneka biskut ini hanya sewaktu musim-musim perayaan dan perniagaan ini pada mulanya hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang sahaja. Tetapi kini Pn. Zuraihan telah menjadikan hobi menjual aneka biskut dan kek ini sebagai sumber pendapatan tetap. Pn. Zuraihan telah melibatkan diri selama lebih kurang 8 tahun di dalam perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang 5 tahun, Pn. Zuraihan hanya menjual secara offline. Pembeli biskut dan kek Pn. Zuraihan hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan sahaja. Jualan Pn. Zuraihan tidak berapa memberangsangkan. Pn. Zuraihan juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan aneka biskut dan kek yang di hasilkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Zuraihan banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Zuraihan hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pn. Zuraihan juga berjaya mereka sendiri bahan untuk mempromosikan barangan yang di jual.menerusi kelas yang di adakan di PI.