Nama : Nur Fatihah Binti Mohd Yusof

Umur : 24 Tahun

Tarikh Lahir : 2 Julai 1993

Latar belakang

Pn. Fatihah merupakan seorang jururawat yang telah lama terlibat di dalam bidang perniagaan sebagai pembekal dan pengedar produk kesihatan . Pada mulanya Pn. Fatihah hanyalah seorang dropship iaitu jualkan barang orang lain secara offline dan mendapat komisyen. Tetapi kini Pn. Fatihah telah menjadi seorang pembekal dengan menjual produk-produk kesihatan dengan belian secara pukal, sebagai sumber pendapatan sampingan. Pn. Fatihah telah melibatkan diri selama lebih kurang dua tahun di dalam industri ini dan telah mempunyai pelanggan tetap untuk produk-produk kesihatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang setahun, Pn. Fatihah hanya menjual secara offline. Pembeli produk Pn. Fatihah hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan juga ahli keluarga sahaja. Jualan Pn. Fatihah tidak berapa memberangsangkan. Pn. Fatihah juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Fatihah banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Fatihah hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pn. Fatihah juga berjaya mereka sendiri bahan untuk mempromosikan barangan yang di jual.menerusi kelas yang di adakan di PI.