Nama : Nor Aizah Binti Sarwani

Umur : 33 Tahun

Tarikh Lahir : 7 Oktober 1984

Latar belakang

Pn. Aizah merupakan seorang kerani yang telah lama terlibat di dalam bidang perniagaan sebagai pembekal pakaian dan tudung. Pada mulanya Pn. Aizah hanyalah seorang dropship iaitu jualkan barang orang lain secara offline dan mendapat komisyen. Tetapi kini Pn. Aizah telah menjadi seorang pembekal dengan menjual pakaian dan tudung dengan belian borong pakaian secara pukal, sebagai sumber pendapatan sampingan. Pn. Azwa telah melibatkan diri selama lebih kurang dua tahun di dalam industri ini dan telah mempunyai seramai 20 orang ahli dropship untuk menjualkan pakaian dan tudung beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang setahun, Pn. Aizah hanya menjual secara dropship offline. Pembeli pakaian Pn. Azwa hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan sahaja. Jualan Pn. Aizah tidak berapa memberangsangkan. Pn. Aizah juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan pakaian serta tudung yang di jualnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Aizah banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pn. Aizah hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pn. Aizah juga berjaya mereka sendiri bahan untuk mempromosikan barangan yang di jual menerusi kelas yang di adakan di PI.