Nama : Mariatul Husna Binti Abd Malek

Umur : 42 Tahun

Tarikh Lahir : 31 Disember 1975

Latar belakang

Puan Mariatul Husna merupakan seorang usahawan yang berniaga dari rumah. Pada mulanya Puan Mariatul Husna menjual kuih muih ini kepada sanak saudara serta rakan-rakan terdekat sahaja. Perniagaan ini pada mulanya hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang sahaja tetapi kini Puan Mariatul Husna telah menjadikan hobi menjual aneka kuih muih serta makanan sejuk ini sebagai sumber pendapatan tetap. Puan Mariatul Husna telah melibatkan diri selama lebih kurang 10 tahun di dalam perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama lebih kurang 7tahun, Puan Mariatul HUsna hanya menjual secara offline. Pembeli kujih muih sejuk beku hanya terhad kepada jiran tetangga dan kawan-kawan serta kenalan atas kenalan sahaja. Jualan Puan Mariatul Husna tidak berapa memberangsangkan. Puan Mariatul Husna juga kurang mahir untuk menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan aneka Kuih muih yang di hasilkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Mariatul Husna banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Puan Mariatul Husna hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Puan Mariatul Husna juga berjaya membuat 1 halaman akaun media sosial facebook untuk mempromosikan barangan yang di jual.