Nama : Ahmad Bin Ismail

Umur : 56 Tahun

Tarikh Lahir : 15 Oktober 1952

Latar belakang

 

Ahmad B. Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Leh  merupakan seorang usahawan yang telah lama terlibat di dalam bidang perniagaan homestay dan makanan . Pada mulanya Pak Leh  mempromosikan serta menjual  aneka biskut ini hanya sewaktu musim-musim perayaan dan perniagaan ini pada mulanya hanya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang sahaja. Beliau turut mengusahakan Homestay Maju Manik serta kedai makan juga. Tetapi kini Pak Leh  telah menjadikan hobi menjual aneka biskut  kedai makan dan juga perniagaan Homestay ini sebagai sumber pendapatan tetap. Pak Leh  telah melibatkan diri selama lebih kurang 20 tahun di dalam industri makanan ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selama lebih kurang 5 tahun, Pak Leh  hanya berniaga secara offline. Pembeli biskut Pak Leh  hanya terhad kepada kenalan. Kedai makan yang diusahakan oleh Pak Leh juga kurang mendapat sambutan kerana kurang promosi dan hebahan. Jualan Pak Leh  tidak  berapa memberangsangkan. Pak Leh  juga kurang mahir untuk  menggunakan medium media sosial sebagai medium untuk mempromosikan aneka biskut,  kedai makanan serta homestay  yang di usahakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pak Leh  banyak meluangkan masa di PI untuk menggunakan komputer dan juga capaian internet disamping bertemu dengan petugas untuk bertanyakan perkembangan semasa. Sebelum ini Pak Leh hanya menggunakan telefon bimbit dan mobile data untuk membuat urusan jual beli. Pak Leh juga berjaya menghasilkan pelbagai rekaan untuk bahan mempromosikan produk jualan Pak Leh.