Kemas Parlimen Pasir Salak telah mengadakan program "Majlis Penyampaian Sijil Unit Pendidikan Kemahiran dan Pembangunan Komuniti Kemas" untuk memberi penghargaan kepada Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kemas Kampung Permatang. Kelas PKK Kemas diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Permatang pada setiap minggu sejak lima bulan yang lalu. Kelas PKK Kemas dikendalikan oleh PM Fara Diba Binti Mustafa. Matlamat utama Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada masyarakat luar Bandar agar dapat meningkatkan taraf hidup keluarga yang lebih cemerlang.