Sumber daripada kamus dewan pelajar edisi kedua, permatang bermaksud jalan kecil atau jaluran tanah yang tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya. Ianya merupakan tempat berjalan di kawasan sawah padi. Nama Kampung Permatang di ambil sempena geografi di kawasan tersebut yang dikategorikan sebagai permatang. Kawasan sekitar kampung dilitupi sebahagian banyak dengan sawah padi. Ini kerana Kampung Permatang merupakan tanah pamah yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Kampung Permatang terletak di dalam Mukim Sungai Manik. Sungai Manik mendapat nama daripada terjumpanya sejumlah manik-manik logam di tepi sungai yang dipercayai digunakan orang dahulu kala. Dari segi ekonomi, Sungai Manik terkenal dengan sektor pertanian iaitu sawah padi. Kawasan penanaman padi Sungai Manik merupakan sebahagian jelapang padi negara.

SUMBER INFO-Wikipedia org.

Terdapat beberapa peristiwa dalam kawasan sungai manik yang dicatatkan sebagai sejarah. Antaranya sejarah jejak pejuang. Sejarah jejak pejuang menceritakan tentang peristiwa bintang tiga mengamuk di sungai manik. Ramai yang terbunuh dalam perang padang panjang. Haji Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran "Salleh Kudung" atau "Pak Leh" merupakan salah seorang mangsa dari beratus-ratus orang penduduk Sungai Manik. Terdapat beberapa artikel yang dicatatkan dalam mingguan malaysia. Artikel yang bertajuk Pak Salleh tetak selangka komunis bertarikh 4 Mac 1984. Artikel Tragedi hitam pemerintahan Bintang Tiga bertarikh 11 Mac 1984. Untuk mengetahui sejarah lebih lanjut boleh datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Permatang, Sungai Manik.

SUMBER INFO-Buku Jejak Pejuang.